Keahlian Majlis

PANDUAN KEAHLIAN MAJLIS PERKHIDMATAN MASYARAKAT SABAH

Sebagai sebuah Majlis berkeahlian Organisasi, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (Majlis) bekerja secara bekerjasama dan membantu Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) untuk mengukuhkan dan memperluaskan perkhidmatan sosial dan kebajikan bagi menangani isu-isu sosial dan meningkatkan kesejahteraan dan inklusiviti masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

KEISTIMEWAAN ORGANISASI AHLI

  1. Bantuan Kewangan
  2. Jaringan Kerjasama
  3. Latihan

KRITERIA PERMOHONAN KEAHLIAN

  1. Keahlian Majlis adalah terbuka kepada Organisasi Sukarela Kebajikan yang berstatus badan negeri dan berdaftar secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966.
     
  2. Organisasi Sukarela Kebajikan ertinya mana-mana Organisasi yang terlibat dalam apa-apa bentuk kebajikan sosial, kemasyarakatan atau kerja atau khidmat kemanusiaan yang berusaha bersama-sama Kerajaan.
     
  3. Organisasi Sukarela Kebajikan hendaklah aktif dan beroperasi, menjalankan program dan aktiviti perkhidmatan sosial dan kebajikan berterusan sekurang-kurangnya dalam 2 tahun yang terdekat.

PROSES PERMOHONAN KEAHLIAN

  1. Fahami kritetia keahlian Majlis.
     
  2. Membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Keahlian dan kemukakan borang dan dokumen yang berikut:-
    1. Borang Permohonan Keahlian (Membership Application Form)
    2. Satu (1) salinan Perlembangaan Persatuan yang telah diluluskan
    3. Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan
    4. Penyata Kewangan diaudit terkini
    5. Organisasi boleh menghantar maklumat tambahan seperti maklumat berkenaan Organisasi, deskripsi berkenaan program dan perkhidmatan, maklumat Jawatankuasa Kerja dan sebab-sebab memohon keahlian Majlis.
       
  3. Hantar borang dan dokumen ke:

    Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah
    Rumah MPMS
    Batu 2 Jalan Tuaran,
    88100 Kota Kinabalu, Sabah
    Fax: 088-211 624

    Emel: mpms_sabah@yahoo.com
     
  4. Jawatankuasa Pengurusan Majlis menilai dan membuat pertimbangan ke atas permohonan. Majlis akan menghubungi Organisasi sekiranya memerlukan maklumat tambahan. 
     
  5. Berdasarkan keputusan pertimbangan Jawatankuasa, keahlian Organisasi dengan Majlis akan dikemukakan untuk kelulusan Menteri yang bertanggungjawab atas perkhidmatan kebajikan.

KEAHLIAN MPMS

  1. Atas kelulusan keahlian oleh Menteri, Organisasi yang berkenaan adalah berhak menghantar seorang wakil yang diiktiraf rasmi sebagai ahli Majlis.
     
  2. Keahlian dengan Majlis boleh digantung bagi suatu tempoh yang tertentu sebagaimana diputuskan oleh Majlis, atau ditarikbalik atau dibatalkan jika:-
    1. Sijil Pendaftaran Organisasi dengan Pendaftar Pertubuhan digantung atau ditarikbalik atau dibatalkan; atau
    2. Organisasi tidak mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah diaudit dalam tempoh satu (1) tahun selepas penutupan tahun kewangan organisasi masing-masing; atau
    3. Organisasi, pada pendapat Majlis adalah tidak aktif. Dalam kes ini, bantuan munasabah oleh Majlis akan diberikan.

MUAT TURUN BORANG

Attachment Size
Borang Permohonan Keahlian words26.96 KB 26.96 KB
Borang Permohonan Keahlian PDF469.22 KB 469.22 KB