Perkhidmatan Masyarakat

PERKHIDMATAN MASYARAKAT

 

  1. ORANG KURANG UPAYA

Program untuk Orang Kurang Upaya terdiri daripada program sokongan dan penjagaan, intervensi awal, pemerkasaan menerusi latihan kemahiran serta bengkel terlindung. Perkhidmatan ini bertujuan untuk mempertingkatkan inklusiviti dan kualiti hidup OKU.

 

  1. WARGA EMAS

Warga emas mempunyai hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada pembangunan negara. Program Penuaan Aktif dan Positif diadakan untuk mengalakkan penglibatan warga emas dalam  masyarakat ke arah mendayaupayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

 

  1. KANAK-KANAK

Program Kanak-Kanak bermatlamat meningkatkan kerjasama masyarakat bagi memelihara dan meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak Negeri Sabah. Penawaran Geran Program Sosial Kanak-Kanak untuk Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan NGO serta Program Kasih dan Kongsi: Makanan untuk Kanak-Kanak adalah antara program diadakan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan ini.

 

  1. KEBAJIKAN AM

Bantuan kebajikan dan sokongan sosial melalui sumbangan dana tabung pesakit kanak-kanak jantung Sabah, pusat dialisis, perkhidmatan talian sokongan wanita menghadapi keganasan adalah antara program Kebajikan Am yang diadakan secara kerjasama.

 

  1. PROMOSI KESIHATAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Program Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit diadakan untuk memperkasakan individu dan komunitimemilih tingkah laku yang sihat, dan membuat perubahan yang mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seterusnya mengurangkan isu sosial berkaitan kesihatan.