Program Khidmat Bantu Di Rumah (Homehelp)

PENGENALAN

Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) merupakan perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di rumah. Program ini juga bertujuan menyemarakkan perkembangan  kesukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat. Penglibatan sukarelawan dalam kerja-kerja komuniti melalui Program Khidmat Bantu di Rumah dapat melancarkan proses pemerkasaan komuniti menerusi penglibatan aktif komuniti secara sukarela untuk pembangunan dan kesejahteraan bersama. Mekanisme ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan lagi perkhidmatan berbentuk community for community (K4K) bagi tujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik.

Progrm Khidmat Bantu di Rumah Negeri Sabah dijalankan secara kerjasama di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Nalaysia dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah. 

 

OBJEKTIF

  1. Memberi bantuan dan sokongan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasa diri mereka disisihkan.

  2. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada keluarga yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU.

  3. Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan oku atau keluarga yang menjaga warga emas dan oku selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

  4. Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

 

AKTIVITI 

  1. Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan Kebajikan adalah seperti berikut ( mengikut keperluan ):

  2. Menyediakan makanan dan minuman;

  3. Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya);

  4. Menjadi rakan berbual;

  5. Menjalankan aktiviti riadah;

  6. Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran;

  7. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;

  8. Mengeluarkan wang dari Bank;

  9. Membuat pembayaran bil;

  10. Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan

  11. Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;

  12. Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat;

  13. Membawa ke hospital/klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;

  14. Mengajar warga emas/OKU/penjaga mengambil ubat dengan betul;

  15. Menemani warga emas dan OKU ke tempat beribadat;dan

  16. Bantuan lain yang dirasakan perlu