Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah menitikberatkan perningkatan piawaian kerja sosial negeri. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Latihan dan Penyelidikan telah ditubuhkan untuk:
-
Menaik taraf pusat latihan yang sedia ada;
-
Melahirkan pekerja sosial yang bertauliah;
-
Meningkatkan kompetensi individu dan organisasi yang menyampaikan perkhidmatan kepada kumpulan sasar melalui perancangan dan perlaksanaan kursus dan latihan;
-
Merancang dan menentukan penyelidikan isu-isu sosial;
Selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya 2021-2025 Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah telah melancarkan Inisiatif Meningkatkan Profesionalisme dalam Kerja Sosial untuk memperkasakan modal insan bagi kesejahteraan rakyat.


