Album: Lawatan ke Deaf Bakery dan Tadika Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), YB Ir Shahelmey Yahya melawat Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah. Turut hadir adalah Encik Lee Chun Khiong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat serta Encik Jais Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
Lawatan ini diadakan untuk meninjau program pengupayaan dan pemerkasaan Orang Kurang Upaya yang dibiayai melalui geran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.
YB Ir Shahelmey Yahya turut menyerahkan mock cek geran MPMS tahun 2021 kepada Persatuan.




