Syarat-syarat Pemberian Bantuan

Kasih & Kongsi (Care & Share) merupakan satu Program Bantuan Makanan Bernutrisi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) untuk memenuhi keperluan makanan berzat oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun Program ini mensasarkan pemberian bantuan makanan bernutrisi kepada kanak-kanak miskin bandar yang terkesan akibat faktor sosio ekonomi keluarga terutamanya disebabkan kesan pandemik Covid-19.

Syarat-Syarat

  1. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan keutamaan adalah diberikan kepada kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun.
  2. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah
  3. Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan 2019 (Sabah) iaitu RM2,537. Keutamaan adalah diberikan kepada pendapatan isi rumah dan jumlah anak dalam tanggungan seperti berikut:
     
    Pendapatan Isi Rumah Jumlah anak dalam tanggungan
    Di bawah RM1,000 1
    RM1,001 - RM1,500 2-3 anak
    RM1,501 - RM2,000 3-4 anak
    RM2001-RM2537 5 anak dan ke atas

     
  4. Kanak-kanak/Ibu/Bapa/Penjaga MESTI mempunyai kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri.
  5. Dokumen sokongan untuk pengesahan pendapatan isi rumah seperti slip gaji dan penyata pendapatan (sekiranya ada) akan membantu dalam penilaian
    permohonan.