Skim Bantuan Pesakit dan Pengiring

MPMS memberi bantuan elaun pesakit dan pengiring Sabah bagi menampung kos harian semasa menjalankan rawatan penyakit di Kuala Lumpur. Skim Bantuan Pesakit dan Pengiring ini diurus oleh Pejabat Perhubungan Negeri Sabah dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kadar skim ini telah dinaikkan dari RM15.00 ke RM20.00 sehari mulai 2 Januari 2019.