Rumah Perantaraan Pesakit dan Pengiring Negeri Sabah

MPMS telah menaja tiga (3) unit Rumah Perantaraan untuk kemudahan tempat tinggal sementara bagi waris (penjaga) pesakit dan pengiring pesakit Negeri semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Kriteria untuk permohonan

  1. Pesakit / pengiring pesakit yang sedang menjalani rawatan di HKL.
  2. Warganegara Malaysia.

 

Cara Permohonan Kemasukkan

  1. Pesakit / pengiring pesakit dirujuk oleh pakar/pegawai perubatan dari wad/klinik HKL.
  2. Pesakit dan/atau pengiring perlu menggunakan borang rujukan yang didapati di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, klinik pakar dan wad HKL.
  3. Pesakit / pengiring pesakit membawa borang rujukan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL untuk penilaian Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
  4. Pesakit/ pengiring pesakit membawa borang kelulusan ke Rumah Perantaraan HKL yang terletak di Desa Rejang Setapak untuk penempatan sementara.

 

Ciri-Ciri Rumah Perantaraan

  1. Bilangan Unit : 10 unit (3 unit adalah diperuntukkan untuk pesakit/pengiring pesakit dari Negeri Sabah)
  2. Maksima Penghuni : 5 orang/unit
  3. Kemudahan : katil, peti sejuk, televisyen, periuk nasi, cerek elektrik automatic, set sofa dan lain-lain kelengkapan asas.

 

Lokasi

Flat Desa Rejang, Setapak Jaya, 54200 Kuala Lumpur

(Bersebelahan hostel UTM dan berhampiran dengan Wisma Felcra)

 

MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIDAPATI DARI

  1. Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Kuala Lumpur (Puan Noormah bt. Sani : 012-607 7789 atau Encik Mohd. Faishal bin Ismail Udin : 013-930 1650)  
  2. Pejabat Perhubungan Negeri Sabah
  3. Penyelia Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur (Puan Asiah bt. Baba – 012 - 670 2713)