Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah

OBJEKTIF

  1. Untuk mendaftarkan sukarelawan dan memadankan individu atau kumpulan berdaftar sebagai sukarelawan dengan peluang kerja sukarela kebajikan yang sesuai;
  2. Untuk memberi maklumat dan panduan kepada masyarakat setempat tentang kerja sukarelawan kebajikan;
  3. Untuk mengumpul maklumat tentang keperluan sukarelawan daripada pelbagai pihak seperti badan-badan NGO kebajikan dan menyebarkan maklumat ini kepada sukarelawan-sukarelawan yang berdaftar;
  4. Untuk menggalakkan dan mempromosikan semangat dan minat kesukarelawanan terutamanya dalam bidang kebajikan di kalangan masyarakat terutamanya di Negeri Sabah;
  5. Untuk menganjurkan ceramah dan seminar serta memberi kursus dan latihan yang sesuai kepada sesiapa yang mungkin akan menjadi sukarelawan kebajikan yang berdaftar dengan Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah;
  6. Untuk bekerjasama dan mengadakan jalinan yang erat dengan jabatan dan agensi kerajaan, badan sukarela kebajikan, sektor swasta dan masyarakat umum bagi membangunkan peluang tempatan untuk kerja sukarela kebajikan;
  7. Untuk memberi penghargaan untuk individu yang memberi sumbangan perkhidmatan dalam kerja sukarela kebajikan;
  8. Untuk memberi peluang kepada sukarelawan agar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

 

PERKHIDMATAN KAMI

PENDAFTARAN SUKARELAWAN

  • MENDAFTARKAN SUKARELAWAN ; INDIVIDU, PERKUMPULAN, NGOs, AGENSI SUKARELA, PERSATUAN, PELAJAR, IPT/IPTS/KOLEJ  DLL
  • MEMBERI MAKLUMAT DAN MEMPROMOSI KERJA-KERJA SUKARELA BERKERJASAMA MENGADAKAN JALINAN KERJA SUKARELA BERSAMA JABATAN/AGENSI/SEKOLAH/NGOS DLL

 

LATIHAN

  • MEMBERI LATIHAN/ SEMINAR /CERAMAH /KURSUS /BENGKEL YANG SESUAI UNTUK MEMBERI KEMAHIRAN DAN PANDUAN KEPADA SUKARELAWAN

HOMEHELP

  • PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (HOMEHELP) BERTUJUAN MENDEKATKAN DAN SETERUSNYA MEMUPUK NILAI KASIH SAYANG DAN KEPERIHATINAN SUKARELAWAN  KEPADA KUMPULAN SASAR (WARGA EMAS/OKU /ANAK YATIM/ IBU TUNGGAL /GOLONGAN KURANG PENDAPATAN) HOMEHELP MELAKUKAN KERJA-KERJA BANTUAN YANG BERSESUIAN DI RUMAH KLIEN.

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL/KESUKARELAWAN

  • MENJALANKAN PELBAGAI PROGRAM KHIDMAT SOSIAL KESUKARELAWAN DAN MENDEKATI GOLONGAN SASAR SEPERTI  WARGA EMAS/OKU /ANAK YATIM/ IBU TUNGGAL
  • MENJADI KUMPULAN SOKONGAN DALAM BANTUAN BENCANA BERKERJASAMA MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM SUKARELAWAN YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN/AGENSI AWAM ATAU SWASTA/NGOS

 

RAKAN PUSAT SUKARELAWAN SABAH (PSS)

APA ITU RAKAN PSKS :

  • Rakan PSKS merupakan kumpulan yang berdaftar di bawah kumpulan Rakan PSS bagi tujuan menjalinkan hubungan kerja-kerja kesukarelawan kebajikan
  • Rakan PSKS terdiri Jabatan/Organisasi/Institusi//university/kolej/sekolah/Ngos yang berdaftar dalam Negara dan bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawan.
  • Rakan PSKS akan didedahkan kepada  informasi dan makluman kegiatan kerja sukarela oleh Pusat Sukarelawan Sabah.

FUNGSI RAKAN PSKS :

  • Menjalinkan kerjasama pintar bersama Pusat Sukarelawan Sabah dalam kerja-kerja kesukarelaan.
  • Sebagai kumpulan sokongan kepada Pusat Sukarelawan Sabah dalam menyokong aktiviti sukarelawan .
  • Merancang program dan peluang kerja kesukarelawan yang bersesuaian.
  • Mewujudkan budaya dan nilai kesukarelaan yang tinggi di kalangan masyarakat.

SIAPA YANG  BOLEH MENJADI  RAKAN PSKS

  • Semua Jabatan/Organisasi/Institusi//university/kolej/Sekolah/Ngos  perlulah berdaftar sah dalam Negara.
  • Aktif dalam kerja-kerja sosial kesukarelaaan dan kemasyarakatan.
  • Mempunyai  pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang boleh dimanafaatkan dalam menyokong kerja sukarela.
  • Mempunyai ahli yang ramai yang boleh menyumbnag tenaga dalam kerja sukarela

BAGAIMANA MENJADI RAKAN PSKS

  • Mengisi borang menjadi Rakan PSKS yang boleh diperolehi di Pusat Sukarelawan Sabah (PSS)
  • Menandatangani perjanjian sebagai Rakan PSKS dan mengikuti syarat dan terma yang ditetapkan pada borang pendaftraan Rakan PSKS
  • Menerima  Sijil Pendaftaran Rakan PSKS  Pusat Sukarelawan Sabah