Kursus Asas Kerja Sosial

Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) akan menganjurkan Kursus Asas Kerja Sosial pada 14 Jun hingga 18 Jun (Isnin hingga Jumaat) secara atas talian (ZOOM).

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan dan melengkapkan para pengamal perkhidmatan sosial dan sukarelawan kebajikan dengan pemahaman profesion kerja sosial, teori, prinsip, nilai, etika, kaedah serta kemahiran dalam pengendalian kes agar amalan perkhidmatan yang diberikan kepada golongan sasar berlandaskan praktis profesion kerja sosial.

Kursus ini dibuka untuk pendaftaran dan terhad kepada 40 orang sahaja.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan pautan https://forms.gle/YqX83C3Bw4RTgsDq9

Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Mei 2021.

Yuran penyertaan:
RM15 - pelajar dan ahli organisasi MPMS
RM30 - bukan ahli

poster