Kumpulan Wang Amal Pusat

Kumpulan Wang Amal Pusat Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) ditubuhkan untuk menerima sumbangan dan derma bagi memajukan tujuan MPMS dan pembangunan sosial serta bantuan kebajikan.

Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah menyokong dan membantu Pertubuhan Sukarela Kebajikan untuk bersama-sama menjaga dan memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang berkeupayaan melalui pelbagai program 
kebajikan dan pembangunan sosial seperti yang berikut:
 

  1. Penjagaan, Perkhidmatan, Latihan dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya

  2. Bantuan Kebajikan

  3. Perkhidmatan dan Sokongan Masyarakat

  4. Warga Emas: Penuaan Sihat dan Aktif

  5. Kesedaran dan Pencegahan Masalah Sosial

  6. Penjagaan Pesakit Mental

Derma dan sumbangan untuk membantu memperluaskan perkhidmatan sosial dan kebajikan boleh disalurkan ke Kumpulan Wang Amal Pusat MPMS seperti yang berikut:

Nama: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah
Bank: Alliance Bank
Nombor: 1019 600 100 86060

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Eksekutif MPMS di talian 088-223 424 atau emel: mpms_sabah@yahoo.com