Fungsi

 

 

 

 

Fungsi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah:-

  1. menyelaras aktiviti-aktiviti kebajikan sukarela dalam Negeri;

  2. mengekalkan dan meningkatkan standard kerja-kerja kebajikan sukarela dan mengalakkan usaha-usaha kebajikan sukarela dalam lapangan yang tidak diliputi sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri;

  3. membantu organisasi ahli dengan sumbangan-sumbangan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan sukarela dalam Negeri;

  4. memulakan relif dan skim atau perkhidmatan sosial sebagaimana disifatkan perlu oleh Majlis;

  5. mendapat, menerima, mentadbir dan mengagihkan wang dan barang-barang yang diamanahkan kepada Majlis;

  6. menyebarkan maklumat kepada, dan menarik minat anggota masyarakat dalam semua cara yang boleh dalam perkara-perkara kebajikan sosial dan menggalakkan penglibatan dalamnya;

  7. membuat apa-apa syor kepada Kerajaan Negeri sebagaimana Majlis fikirkan sesuai atas perkara-perkara berhubung dengan perundangan dalam lapangan kebajikan sosial atau bagi memajukan tujuan Majlis; dan 

  8. menubuhkan dan mengurus Ibu Pejabat Majlis, Pusat Perkhidmatan Sosial dan Institusi-Institusi Kebajikan dalam Negeri.