Bantuan Kewangan untuk Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebajikan

Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah mengurus dan memberi bantuan kewangan (geran) dan sumbangan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebajikan untuk meningkatkan aktiviti sukarela kebajikan Negeri selaras dengan objektif dan dasar Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Keutamaan bantuan kewangan adalah diberikan untuk membiayai program-program Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang berbentuk kebajikan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan sosial.

Setiap tahun, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah menyalurkan bantuan dalam purata RM2.1 juta setahun kepada Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebajikan.